Friday, June 4, 2010

misi: kg tagudon, kota belud

tarikh: 1 jun 2010
masa: 0945 am- lewat petang
ahli hadir: 9 orang (iman & the gang lambat tidak diketahui berapa org)
keterangan: misi untuk pergi ke kawin jelvy. dan seterusnya biar gambar menerangkan segalanya...


 ahli yang sempat di ambil gambar. kelihatan ketua rombongan en azizan tersenyum kegembiraan kerana semua ahli memakai pakaian seragam firesnail kecuali en shah. hal yang demikian adalah kerana masalah peribadi dan tidak dapat dinyatakan di sini. 



kelihatan kereta ketua rombongan sedang lasak mengharungi cabaran-cabaran semasa dalam perjalanan ke sana. utk pengetahuan bersama, jalan yang di lalui tidak semudah ABC. oleh itu, siapkan diri anda jika ingin berhari raya ke rumah jelvy. 




dan ini pula kelihatan kereta supra merah tersebut berhati-hati melalui jambatan kerana terdapat ura-ura mengatakan jambatan tersebut tidak boleh melebihi 50kg. 



ini pula sungai yang terdapat di dalam kampung jelvy (rasanya) siapa tahu, mungkin ini boleh menjadi destinasi firesnail seterusnya untuk bermandi-manda. 



misi terlaksana. firesnail di umumkan untuk mengambil gambar bersama kedua mempelai. kelihatan juga di sana ketua rombongan mempunyai senyuman yang sangat bermakna. dan bullah juga tidak kurang hensemnya.


sebelum mengakhiri laporan ini, marila kita sama-sama saksikan gosip khas yang dibawakan khas untuk anda...


apakah yang terjadi kepada kereta gagah perkasa sebentar tadi?  

shh... :x

0 comments:

Post a Comment

FIRESNAIL's BLoG © 2008. Free Blogspot Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is Edited and brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates